Sunday, 21 March 2010

Contoh Karangan Bergambar

HAPUSKAN TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DI SEKITAR RUMAH ANDA

Sekitar rumah kita adalah merupakan tempat yang paling sesuai untuk pembiakan nyamuk aedes yang merupakan pembawa utama deman denggi. Oleh itu, kita seharusnya menghapuskan nyamuk aedes dengan cara menghapuskan tempat pembiakannya.

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan daripada nyamuk membiak, antaranya, menanam tin-tin, botol kosong dan bekas-bekas plastik yang boleh menakunbg air, bersihkan kolam ikan yang terbiar, menanam tempurung kelapa di samping tidak membiarkan tayar-tayar buruk menakung air. Selain itu kita juga mesti mempastikan saluran air hujan di rumah kita tidak tersumbat, juga hendaklah kita sentiasa membersih sampah-sarap di sekitar rumah kita.

Kita semua mestilah membersihkan kawasan rumah kita supaya nyamuk aedes tidak dapat membiak dan kita dapat menghapuskan demam denggi. Rakyat sihat negara aman.

No comments: