Wednesday, 21 October 2009

NILAI DAN PENGAJARAN


PAK KADUK
1. Manusia mesti berfikir secara rasional sebelum bertindak supaya tidak rugi atau menanggung malu.

2. Raja yang memerintah mesti bersikap adil dan tidak memperalat rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

3. Jangan berjudi kerana permainan tersebut tidak mendatangkan keuntungan. Orang yang berjudi telah melakukan dosa di sisi Tuhan juga.

4. Raja yang memerintah mesti ada wawasan supaya dapat menentukan hala tuju pentadbiran.

PUTERA BESAR LAHIR KE DUNIA
1. Kepentingan ilmu. Ilmu sama ada ilmu dunia atau ilmu akhirat sangat penting dituntut kerana orang yang berilmu dipandang mulia di sisi masyarakat.

2. Membalas jasa ibu bapa. Ibu bapa telah melahirkan dan membesarkan kita sehingga dewasa. Oleh itu, sepatutnya kita membalas jasa mereka

3. Tolong-menolong dan patuh kepada arahan. Sikap ini dapat meringankan sesuatu tugas dan memupuk semangat kerjasama.

4. Bertanggungjawab. Sebagai ketua negara dan ketua keluarga, sikap tanggungjawab sangat penting untuk memastikan rakyat dan keluarga hidup bahagia.


PUTERI BULUH BETUNG
1. Semangat kerjasama dan gotong-royong. Rakyat dan Raja Muhammad bersama-sama menebas hutan untuk membuka negeri baru dan membina istana serta kota. Raja Ahmad dan rakyatnya pun berbuat perkara yang sama.

2. Kasih sayang sesama manusia. Raja Muhammad telah memelihara kanak-kanak perempuan yang dijumpai dalam rebung buluh betung sebagai anak angkat. Begitu juga halnya dengan Raja Ahmad yang telah memelihara kanak-kanak lelaki yang asalnya dijaga oleh gajah sehingga dewasa.

3. Berfikir dengan bijak untuk mengatasi sesuatu masalah. Setelah gagal mengejar gajah tersebut. Raja Ahmad pulang ke istana untuk mengarahkan tenteranya mengambil kanak-kanak itu dari atas kepala gajah.

4. Taat kepada pemimpin. Rakyat Raja Muhammad menebas hutan apabila diarahkan berbuat demikian. Begitu juga halnya dengan bala tentera Raja Ahmad yang telah berusaha sedaya upaya untuk mengambil kanak-kanak itu dari atas kepada seekor gajah.

CERITA KERA DENGAN BUAYA

1. Jangan mudah mempercayai pujuk rayu orang lain. Tidak semua manusia di dunia ini mempunyai niat yang baik. Kita tidak dapat juga membezakan antara orang yang berniat baik dengan yang berniat jahat. Oleh itu, kita mestilah senantiasa berhati-hati dengan pujuk rayu orang supaya tidak terpedaya.

2. Kita hendaklah cepat bertindak apabila menghadapi sesuatu masalah. Kera sedar bahawa dia telah ditipu oleh buaya. Lantas, kera cepat-cepat berikhtiar untuk melepaskan diri dan ia berjaya.

3. Berhati-hati memilih kawan. Elakkan daripada berkawad dengan orang yang jahat, busuk hati, dan khianat kerana suatu hasri nanti dia akan mengecewakan kita.

4. Jangan terlalu mudah berjanji kerana khuatir tidak dapat ditepati. Orang yang terlalu mudah membuat janji pada umumnya mudah pula memungkiri janji tersebut.

5. jangan memungkiri janji kerana akibatnya akan memakan diri sendiri.

No comments: