Sunday, 11 October 2009

Contoh Laporan

Anda selaku setiausaha Kelab Kerjaya sekolah telah ditugaskan untuk melaporkan hasil lawatan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM), Machang semasa cuti sekolah baru-baru ini.

Laporan Lawatan ke Universiti Teknologi MARA

Pada 15 Disember 2008, ahli Kelab Kerjaya Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu telah mengadakan lawatan ke Universiti Teknologi MARA, Machang. Rombongan kami seramai 40 orang, 20 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan. Kedatangan kami adalah atas jemputan mahasiswa dan mahasiswi dari Keloj Kediaman Tun Hussain Onn, Universiti Teknologi MARA sempena Festival Bestari 2008.

Rombongan kami bertolak dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu pada pukul 8.00 pagi dengan bas. Kami sampai di sana pada pukul 9.00 pagi. Setibanya di sana kami telah disambut oleh ahli jawatankuasa sambutan kolej tersebut. Kami telah dijemput untuk menjamu selera di dewan makan kolej. Kemudian kami dibawa ke Dewan Besar untuk menghadiri majlis perasmian Festival Bestari 2008. Perasmian telah dilakukan oleh Pengetua Kolej Prof. Madya Dr. Noor Aini Rahim. Selepas itu, kami diserahkan kepada kakak dan abang angkat kami. Sebaik sahaja majlis tersebut tamat, kami dibawa oleh kakak dan abang angkat ke bilik mereka untuk bermalam di situ selama dua malam.

Pada keesokan harinya, selepas sarapan, kami dibawa melawat sekitar universiti. Pada sebelah malam, giliran kami pula untuk membuat persembahan. Kami telah menyampaikan beberapa buah lagu nasyid dan lakonan.

17 Disember 2008 adalah hari terakhir kami berada di Universiti Teknologi MARA. Sebelum itu, kami telah menghadiri kelas bimbingan tentang cara-cara untuk mengatasi masalah pembelajaran dan meningkatkan motivasi untuk mencapai kejayaan. Kami berasa seronok dengan kelas bimbingan itu. Dalam keseronokan ini kami juga berasa sedih untuk meninggalkan abang-abang dan kakak-kakak yang telah banyak membantu kami semasa berada di situ.

Selepas kelas tamat, kami pulang ke kolej untuk berkemas dan makan tengah hari sebelum pulang ke Kota Bharu. Kami bertolak pulang pada pukul 1.00 petang dan sampai di sekolah pada pukul 2.00 petang.

Sekian, terima kasih.

Pelapor 25 Disember 2008


…………………………….
(ZAINI OTHMAN)
Setiausaha
Kelab Kerjaya,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu.











Latihan:


Sebagai setiausaha pasukan Kadet Polis sekolah, anda diminta untuk menulis suatu laporan tentang kegiatan yang dijalankan sepanjang tahun ini. Tuliskan laporan tersebut selengkapnya.




Pengenalan

- Berikan tajuk laporan: Laporan Kegiatan Tahunan Pasukan Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu 2008

- Senaraikan nama ahli jawatankuasa



Isi

- Menyatakan objektif penubuhan pasukan tersebut.

- Aktiviti pasukan sepanjang tahun

- Mesyuarat agung

- Latihan kawad kaki secara teori dan praktik

- Menyertai perkhemahan peringkat daerah pada Hari Kebangsaan

- Menyertai aktiviti Hari Kokurikulum sekolah

- Mengadakan pameran pasukan Polis Diraja Malaysia

- Mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur



Penutup

- Menyatakan harapan anda dan pasukan anda - berharap agar pasukan ini berkembang lebih maju pada masa depan dan dapat mendisiplinkan ahli-ahli di samping berjaya dalam pelajaran.

No comments: